ANNOUNCEMENT! Due to the MCO 3.0, please expect a delay in delivery. We will resume the delivery as soon as we can once the MCO has been lifted.

Policies

POLISI PENGHANTARAN, PENGEMBALIAN DAN PENUKARAN

 

PENGHANTARAN PESANAN

RINETWORK dengan usaha yang wajarnya akan membuat penghantaran pesanan pelanggan mengikut alamat yang diisi oleh pihak pelanggan. RINETWORK tidak menjamin masa yang tetap untuk penerimaan pesanan oleh pelanggan. RINETWORK tidak akan bertanggungjawab ke atas kelewatan khidmat penghantaran pihak ketiga sekiranya kelewatan tersebut adalah disebabkan oleh punca-punca di luar kawalan RINETWORK.

Pesanan anda akan dihantar melalui khidmat penghantaran pihak ketiga yang ditetapkan oleh RINETWORK. Penghantaran pesanan-pesanan yang telah dibuat akan diproses setelah penerimaan pembayarannya atau pengesahan kad kredit melalui sistem pembayaran di laman web kami. Jangka masa proses penghantaran ke seluruh Malaysia dianggar selama 3-21 hari bekerja. Sebarang kelewatan setelah penyerahan pesanan kepada servis penghantaran pihak ketiga adalah di luar kawalan pihak RINETWORK.

Sila maklum bahawa pembelian di laman web ini adalah kepada pembelian di Malaysia, Indonesia dan Australia sahaja. Mana-mana pembelian di luar Malaysia, boleh dibuat melalui pengedar sah RINETWORK seperti berikut:-

NEGARA PENGEDAR SAH
SINGAPURA Instagram: rinetwork.sg
BRUNEI Instagram: rinetwork.bwn

 

 

RINETWORK berhak mengubah waktu penghantaran pada bila-bila masa mengikut ketersediaan produk.

 

ALAMAT PENGHANTARAN

Sila pastikan alamat yang diisi adalah lengkap dan tepat. Sekiranya pesanan dikembalikan disebabkan oleh alamat yang salah atau tidak lengkap seperti yang telah diisi oleh pelanggan, RINETWORK akan menghubungi anda untuk pembetulan, dan pesanan akan dihantar semula dengan caj penghantaran yang ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan. Anda perlu menyerahkan bukti pembayaran caj penghantaran tersebut kepada RINETWORK setelah pembayaran dibuat. RINETWORK juga akan hubungi anda sekiranya alamat yang diisi tidak dapat dihantar oleh khidmat penghantaran yang dilantik meminta alamat alternatif untuk penghantaran pesanan tersebut. Sila pastikan juga nombor telefon yang dinyatakan adalah nombor yang boleh dihubungi semasa penghantaran.

 

 

 

 

CAJ PENGHANTARAN

Caj penghantaran adalah termasuk di dalam harga jualan produk yang dinyatakan di laman web RINETWORK melainkan alamat penghantaran adalah di luar Malaysia.

 

PILIHAN PENGHANTARAN

Untuk memastikan harga dan khidmat pelanggan yang terbaik, RINETWORK hanya akan melantik khidmat penghantaran yang bereputasi dan dipercayai. Sila pastikan maklumat anda bagi penghantaran adalah tepat dan benar bagi memastikan penghantaran pesanan diterima.

 

PENGEMBALIAN PESANAN

Sebarang pembelian adalah muktamad. RINETWORK tidak akan memproses sebarang pengembalian bagi pesanan yang telah diterima pembayarannya. Hanya pengembalian yang melibatkan penghantaran pesanan yang tidak bertepatan dengan pesanan yang dibuat dibenarkan. RINETWORK mempunyai hak mutlak untuk menerima atau menolak pengembalian pesanan. Anda boleh hubungi khidmat pelanggan RINETWORK untuk maklumat lanjut.

 

PENUKARAN DAN BAYARAN BALIK

Sebarang pembelian adalah muktamad. RINETWORK tidak akan memproses sebarang penukaran atau membuat bayaran balik kepada pesanan yang dibuat setelah pesanan tersebut diproses dan diterima pembayarannya. Penukaran hanya dibenarkan sekiranya terdapat sebarang kesalahan pesanan yang dihantar, kerosakan atau cacat cela pesanan yang diserahkan bukti atau maklumat penting yang diminta oleh pihak khidmat pelanggan RINETWORK. Penukaran perlu dibuat tidak lewat dari 5 hari bekerja dari tarikh penerimaan anda. Bagi sebarang kesalahan penghantaran yang tidak mengikut pesanan, pesanan perlu dikembalikan dalam keadaan yang sempurna dan tidak pernah dibuka atau digunakan untuk digantikan dengan produk yang sepatutnya dihantar oleh RINETWORK. RINETWORK mempunyai hak mutlak untuk menerima atau menolak penukaran pesanan.

 

KETERSEDIAAN PRODUK

RINETWORK dengan usaha yang wajarnya akan membekalkan produk-produk yang dipesan, dan sekiranya RINETWORK mempunyai kesulitan untuk memenuhi sebarang pesanan, RINETWORK akan hubungi anda untuk memaklumkan status pesanan tersebut dan pihak RINETWORK boleh mencadangkan alternatif untuk memenuhi pesanan anda sama ada mencadangkan waktu penghantaran yang baru, pembelian produk lain, atau membatalkan pesanan tersebut dan mengembalikan wang yang telah diterima.

Untuk memastikan kualiti produk-produk keluaran RINETWORK adalah terjaga pada setiap masa, RINETWORK berhak untuk menghadkan kuantiti bagi setiap pesanan atau mengubah kuantiti mengikut ketersediaan produk dari masa ke semasa.

Sekiranya produk anda adalah bersifat “pre-order”, RINETWORK berhak mengubah jangka masa penghantaran dan memaklumkan pelanggan berkenaan ketersediaan produk itu setelah pesanan anda sedia untuk dihantar.

 

PENJUALAN ADALAH KEPADA PELANGGAN (end-user) SAHAJA

RINETWORK hanya membenarkan pesanan dibuat oleh pelanggan sendiri dan diisikan dengan kod ejen yang dipilih. Ejen tidak dibenarkan untuk membuat pembelian bagi pihak pelanggan dan hanya boleh menjadi pihak rujukan untuk proses pembelian melalui laman web kami.

Tiada sebarang penjualan semula dibenarkan. RINETWORK berhak untuk menolak atau membatalkan pesanan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penyelewangan atau transaksi yang meragukan.

 

BUKTI PEMBELIAN

RINETWORK akan menghantar emel kepada anda sebagai pengesahan pembelian.

 

KHIDMAT PELANGGAN

Anda boleh menghubungi pihak khidmat pelanggan RINETWORK sekiranya anda ingin memberi maklum balas atau membuat sebarang pertanyaan melalui emel: [email protected] atau No. Tel: 03-2935 8066 atau Whatsapp: 010-712 9392 / 017-940 0658.